Hafizh Syahrin ARRC 2024 JDT Racing Team

 

Hafizh Syahrin Abdullah

Team: JDT Racing Team
No: 55
Bike: Ducati Panigale V4R
Asal: Ampang, Malaysia
Tarikh Lahir: 05 Mei 1994

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah atau terkenal dengan nama gelarannya Pescao (Little Fish, yang juga popular dengan hashtag #Bo55ku dan #HS55, meneruskan aksi bagi tahun 2024 dalam perlumbaan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) dalam kategori ASB1000 bersama pasukan JDT Racing Team dengan jentera Ducati Panigale V4R.
 
Hafizh Syahrin yang membuat penampilan awal dalam Moto2 sejak tahun 2011 bersama pasukan Petronas Raceline Malaysia kini menjadi pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang menyertai kejohanan kelas utama MotoGP iaitu pada tahun 2018 bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 yang dikenali dengan nama Red Bull KTM Tech3 pada tahun 2019. Hafizh Syahrin kembali ke kelas Moto2 bersama pasukan Aspar Team pada tahun 2020 dan NTS RW Racing pada tahun 2021.

Hafizh Syahrin sekali lagi mencatat sejarah sebagai pelumba pertama di Asia Tenggara yang bertanding sepenuh musim pada kejohanan dunia FIM WorldSBK selama 2 musim bersama pasukan MIE Racing Honda Team iaitu pada tahun 2022 dan 2023.

Koleksi Gambar Wallpaper Hafizh Syarin ARRC 2024

Hafizh Syahrin JDT Racing Team 2024 ARRC Buriram

Hafizh Syahrin JDT Racing Team 2024 ARRC Buriram

Hafizh Syahrin JDT Racing Team 2024 ARRC Buriram Johor Flag


Hafizh Syahrin JDT Racing Team 2024 ARRC Zhuhai

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال