Bola Rasmi Liga Super Malaysia 2021 Nike Flight

 

Malaysia Football League (MFL) selaku pengelola Liga Malaysia telah mengumumkan Nike Flight sebagai bola rasmi untuk semua perlawanan dalam Liga Malaysia termasuk Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala Cabaran bagi musim 2021. 

Nike Flight merupakan bola yang digunakan dalam liga terbaik dunia seperti English Premier League dan Serie A. Liga Malaysia merupakan negara yang kelima di Asia menggunakan bola dari jenama Nike selain A-League (Australia), UAE Arabian Gulf League (UAE), China Super League (China), dan Saudi Professional League (Arab Saudi).

Nike Flight telah dilengkapi dengan teknologi baharu iaitu Aerowsculpt disamping teknologi ACC sedia ada. Ia merupakan alur khas yang terdapat pada bola tersebut untuk mengurangkan rintangan angin dan kestabilan. 

Bola ini akan membuat penampilan sulung dalam perlawanan Piala Sumbangsih diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 Mac 2021.

Bola Nike Flight
Bola Liga Super Malaysia 2021

Nike telah mengikat kontrak bersama MFL-FAM sehingga 2028 dan akam membekalkan jersi kepada pasukan kebangsaan Malaysia "Harimau Malaya" serta bola rasmi bagi Liga Malaysia. Sama-sama kita memberikan sokongan penuh kepada pasukan negara dan kelab bola sepak tempatan. Belilah jersi original. Hapuskan cetak rompak.

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال