Jersi Nike Malaysia 2021/2022

Jenama pakaian sukan popular, Nike sekali lagi menjadi penaja dan pembekal rasmi jersi pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali dengan jolokan Harimau Malaya bagi tahun 2021 hingga 2022. Jersi baharu pasukan Malaysia ini telah dilancarkan pada 04 Disember 2020 secara atas talian.

Jersi utama atau jersi 'home' tampil dengan reka bentuk berkolar buat pertama kalinya sejak 2007 dan masih mengekalkan warna tradisi kuning.


Jersi Home Nike Malaysia 2021/2022

Manakala jersi kedua atau jersi 'away' turut menampilkan kelainan apabila buat pertama kalinya tiada warna biru, putih atau merah seperti kebiasaan sebelum ini.

Jersi Away Nike Malaysia 2021/2022


Logo FAM digunakan di bahagian kiri dada menggantikan bendera Malaysia.

Jersi Nike Malaysia 2021/2022 ini akan dijual di platform atas talian di Nike Store  dan Al-Ikhsan dan penjualan secara fizikal di 24 outlet Al-Ikhsan Sports dan semua outlet Footbal Republic di seluruh negara bermula 11 Disember 2020 pada harga RM299.

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال