Panduan Cara Solat Tarawih dan Witir


Solat Tarawih hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dan boleh dilaksanakan secara berseorangan atau berjemaah pada malam bulan Ramadhan. Bilangan rakaat Solat Tarawih yang biasa diamalkan di Malaysia adalah 20 rakaat, namun sekiranya tidak mampu, memadai dengan 8 rakaat sahaja. Ia hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu takbiratul ihram sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Solat Tarawih


Cara Solat Tarawih 8 Rakaat

Cara pelaksaanan solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun dan tertib solat fardhu biasa.

Bacaan surah selepas surah al-Fatihah juga adalah sunat, namun ianya amat digalakkan.

Bacaan tasbih dan selawat sebelum/selepas solat tarawih adalah bukan rukun solat tarawih, dan ia bukan menjadi kewajipan dan tidak menjadi masalah jika ditinggalkan.

Bacaan al-Fatihah dipermulaan setiap rakaat diikuti bacaan surah lazim.
Cadangan Surah lazim bagi Solat Tarawih 8 rakaat seperti berikut:
  • Rakaat 1 - al-Takathur
  • Rakaat 2 - al-Asr
  • Rakaat 3 - al-Humazah
  • Rakaat 4 - al-Fil
  • Rakaat 5 - Quraisy
  • Rakaat 6 - al-Ma'un
  • Rakaat 7 - al-Kafirun
  • Rakaat 8 - al-Nasr

Berikut adalah cara menunaikan solat tarawih beserta surah ringkas antara rakaat dan juga bacaan tasbih, selawat serta doa sebelum/selepas solat tarawih.











Cara Solat Sunat Witir

Solat sunat Witir adalah solat 3 rakaat dengan dua salam atau boleh juga dilaksanakan 3 rakaat sekaligus dengan satu salam tanpa tahiyat awal. Ia boleh dilaksanakan secara berjemaah atau berseorangan.

Cadangan Surah lazim bagi Solat Witir 3 rakaat #Ramadan
  • Rakaat 1 - al-'Ala
  • Rakaat 2 - al-Kafirun
  • Rakaat 3 - al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas
Berikut ialah cara menunaikan solat sunat witir, niat dan surah berkaitan.




Untuk panduan penuh cara menunaikan solat tarawih 20 rakaat termasuk niat, surah lazim, bacaan tasbih sebelum atau selepas solat dan doa, boleh muat turun buku panduan Solat Sunat Tarawih yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال