Bola Rasmi EURO 2021 Adidas Uniforia


UEFA EURO merupakan kejohanan bola sepak Eropah yang diadakan empat tahun sekali. Berikutan pandemik virus COVID-19 yang melanda dunia, kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun dan Julai 2020 ini telah ditunda ke tahun 2021. Tarikh baru EURO 2021 adalah pada 11 Jun hingga 11 Julai 2021.

Bagi meraikan hari jadi ke-60 EURO, buat kali pertama kejohanan ini diadakan di lebih dari dua negara tuan rumah. EURO 2021 akan berlangsung di 12 buah stadium, di dua belas bandar, di dua belas negara Eropah iaitu Azerbaijan, Denmark, England, Germany, Hungary, Itali, Netherland, Ireland, Romania, Russia dan Scotland. Stadium Wembley, London, England pula telah terpilih sebagai venue perlawanan akhir EURO 2021.


Bola rasmi EURO 2021 diberi nama Adidas Uniforia, iaitu gabungan perkataan 'unity' (perpaduan) dan 'euphoria' (keterujaan). Ia hadir dengan panel sama seperti bola Piala Dunia 2018, Adidas Telstar 18.

Corak rekaan pada panel pula tampil lebih agresif dengan latar belakang putih dengan jalur corak berus berwarna hitam dan kombinasi jalur lurus neon biru, kuning dan pink. Koordinat 12 negara tuan rumah juga dicetak pada permukaan panel.


Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال