Le Tour de Langkawi LTdL 2020

LTdl 2020

Perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) telah memasuki edisi ke-25 penganjuran sejak dianjurkan bermula pada tahun 1996. Sepanjang 24 edisi yang lepas, Langkawi telah menjadi hos perlumbaan peringkat pertama (grand flag off) sebanyak 13 kali, dan 16 kali sebagai tuan rumah aksi penutup pada peringkat akhir.

Petronas Le Tour de Langkawi LTdL 2020
Tarikh: 07 - 14 Februari 2020
Slogan: Sport Unite, Cycling Contributes

PETRONAS LTdL 2020 telah diiktiraf dalam kategori ProSeries oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Saingan edisi ke-25 itu dijadualkan dari 7 hingga 14 Februari iaitu sebanyak 8 peringkat perlumbaan membabitkan lapan negeri termasuk Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Perak , Penang dan Kedah, meliputi jarak keseluruhan sejauh 1095.7km.

Acara rasmi Pengenalan Pasukan akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2020.

Sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun LTdL 2020, pihak penganjur telah mengadakan dia perlumbaan khas iaitu:
1. 06 Februari 2020 - The International Criterium, Kota Kinabalu, Sabah
2. 15 Februari 2020 - The Malaysian Classic - Race of The Champions, Langkawi, Kedah.

Jadual Perlumbaan LTdL 2020



Pusingan
Tarikh
Mula
Tamat
Jarak
Khas
06.02.2020
(Khamis)
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
86.7 km
1
07.02.2020
(Jumaat)
Kuching
Kuching
96.2 km
2
08.02.2020
(Sabtu)
Kuala Terengganu
Kerteh
175.5 km
3
09.02.2020
(Ahad)
Temerloh
Kuala Lumpur
162.5 km
4
10.02.2020
(Isnin)
Putrajaya
Genting Highland
124.7 km
5
11.02.2020
(Selasa)
Kuala Kubu Bharu
Bandar Meru Jaya, Ipoh
165.8km
6
12.02.2020
(Rabu)
Taiping
Pulau Pinang
151.3 km
7
13.02.2020
(Khamis)
Bagan
Alor Setar
130.4 km
8
14.02.2020
(Jumaat)
Dataran Lang
Kuah, Langkawi
108.5 km
Khas
15.02.2020
(Sabtu)
Pulau Langkawi
Pulau Langkawi
159.0 km

Jadual LTdL 2020 Malaysia


Nota: Untuk mengetahui jalan yang akan dilalui dan aggaran masa ketibaan pelumba LTdL 2020 sila download file pdf di laman INI


Jersi Rasmi Utama LTdL 2020
  • Jersi Kuning Petronas - Pelumba Terbaik Keseluruhan LTDL 2020
  • Jersi Hijau Petronas - Raja Pecut LTdL 2020
  • Jersi Merah Genting - Raja Bukit LTdL 2020
  • Jersi Putih KBS - Perlumba Terbaaik Asia LTdL 2020

ltdl 2020 jersey design

Liputan Siaran Langsung LTdL 2020

  • Malaysia - RTM
  • Facebook Live Le Tour de Langkawi
  • Live Stream myklik 
  • Aplikasi RTM Mobile (Android/iOS)
  • Europe - Eurosport2
  • Asia Pacific - Eurosport Asia Pac
  • China - Hainan TV, Qinghai TV, Zhibo.tv

Lagu Tema #PETRONASLTdL2020

Sang Juara oleh Drama Band



Untuk perkembangan lanjut dan keputusan perlumbaan LTdL 2020 sila layari laman sosial rasmi berikut:
Laman web ltdlangkawi.my
Facebook @ltdlangkawi
Instagram @ltdlangkawi
Twitter @ltdlangkawi
Le Tour de Langkawi LTdL 2020 Le Tour de Langkawi LTdL 2020 Reviewed by dgeothite on January 31, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.