Bola Rasmi UEFA Champions League 2019-2020


Adidas sebagai penaja rasmi dan pembekal bola rasmi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League - UCL) telah memperkenalkan Adidas Finale 19.

Adidas Finale 19 masih mengekalkan tradisinya dengan rekabentuk yang unik dengan panel bintang Liga Juara-Juara, namun kini dengan saiz yang lebih besar, garisan tepi yang lebih tebal.

Adidas Finale 19 hadir dengan rekaan grafik yang menggunakan campuran warna biru, oren fluorescent dan kuning. Ia menggabungkan warna tradisional dari Liga Juara-Juara UEFA yang dilihat di seluruh stadium di seluruh dunia. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, logo Adidas dan tulisan bola rasmi perlawanan dan dua logo Liga Juara dicetak di bahagian atas bola 


Bola Adidas Finale 2019-2020 mempunyai teknologi yang sama sepertimana bola bagi beberapa musim yang lalu dan menggunakan struktur dan bahan yang sama pada bola Piala Dunia 2018. Bola ini mempunyai permukaan yang mudah dilihat, memberikan sentuhan yang lebih tepat apabila menerima hantaran Ia juga mempunyai pengambilan air yang rendah dan permukaan bertekstur yang dapat membantu mengoptimumkan prestasi.

Bola dengan rekaan ini akan digunakan bagi perlawanan peringkat kumpulan sahaja dan Adidas akan melancarkan rekaan terbaru bagi saingan kalah mati dan perlawanan akhir yang akan berlangsung di Istanbul pada 30 Mei 2020.
Bola Rasmi UEFA Champions League 2019-2020 Bola Rasmi UEFA Champions League 2019-2020 Reviewed by dgeothite on September 23, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. Someone Sometimes with visits your blog regularly and recommended it in my experience to read as well. The way of writing is excellent and also the content is top-notch. Thanks for that insight you provide the readers! 로투스홀짝

    ReplyDelete

Powered by Blogger.