Bola Rasmi UEFA Champions League 2019-2020


Adidas sebagai penaja rasmi dan pembekal bola rasmi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League - UCL) telah memperkenalkan Adidas Finale 19.

Adidas Finale 19 masih mengekalkan tradisinya dengan rekabentuk yang unik dengan panel bintang Liga Juara-Juara, namun kini dengan saiz yang lebih besar, garisan tepi yang lebih tebal.

Adidas Finale 19 hadir dengan rekaan grafik yang menggunakan campuran warna biru, oren fluorescent dan kuning. Ia menggabungkan warna tradisional dari Liga Juara-Juara UEFA yang dilihat di seluruh stadium di seluruh dunia. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, logo Adidas dan tulisan bola rasmi perlawanan dan dua logo Liga Juara dicetak di bahagian atas bola 


Bola Adidas Finale 2019-2020 mempunyai teknologi yang sama sepertimana bola bagi beberapa musim yang lalu dan menggunakan struktur dan bahan yang sama pada bola Piala Dunia 2018. Bola ini mempunyai permukaan yang mudah dilihat, memberikan sentuhan yang lebih tepat apabila menerima hantaran Ia juga mempunyai pengambilan air yang rendah dan permukaan bertekstur yang dapat membantu mengoptimumkan prestasi.

Bola dengan rekaan ini akan digunakan bagi perlawanan peringkat kumpulan sahaja dan Adidas akan melancarkan rekaan terbaru bagi saingan kalah mati dan perlawanan akhir yang akan berlangsung di Istanbul pada 30 Mei 2020.

[Kemaskini]
Bola Final UEFA Champions Leagues 2020

Bola ini akan digunakan bermula pada pusingan kalah mati, seterusnya hingga ke perlawanan akhir di Stadium Olimpik Ataturk pada 30 May 2020. Rekabentuk asas yang sama dengan bola rasmi UCL 19-20, bola Adidas 'Istanbul 20' tampil dengan warna merah jambu dan biru menunjukkan pemandangan udara Istanbul dan selat Bosporus.

Bola Final UEFA Champions Leagues 2020 Bola Final UCL 2020

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال