Spesifikasi Samsung Galaxy S10+

samsung galaxy s10+

Samsung Galaxy S10+

Samsung telah memperkenalkan peranti terbaru dalam siri S iaitu Galaxy S10. Buat pertama kalinya, ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Galaxy S10 dan Galaxy S10+ mempunyai banyak persamaan dari segi spesifikasi melainkan Galaxy S10+ hadir dengan skrin dan kapasiti bateri yang lebih besar, dua kamera hadapan dan pilihan memori RAM dan ruang storan yang lebih tinggi.

Galaxy S10e pula adalah peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi yang lebih rendah dan tidak menampilkan skrin melengkung, hanya 2 kamera belakang dan tiada imbasan cap jari pada skrin.

Antara ciri-ciri asas Samsung Galaxy S10 adalah:
  • Bingkai peranti yang lebih nipis dan bertakuk pada bahagian kamera.
  • CPU Exynos 9820 berteknologi 8nm.
  • Kehadiran tiga kamera belakang yang menyokong lensa yang lebih luas.
  • Tiada lagi butang pengimbas cap jari kerana ia telah disatukan pada skrin kecuali S10e.
  • Kapasiti bateri yang lebih besar dan teknologi pengecasan tanpa wayar terkni yang lebih pantas dan mampu mengecas peranti lain.
  • Disertakan teknologi pengimbas mata dan muka untuk menyahkunci peranti.
  • Sokongan pembantu maya Bixby dan butang yang kini boleh diprogram kan untuk membuka aplikasi lain.
  • Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu putih, hitam dan hijau.

Infografik Spesifikasi Samsung Galaxy S10+

spec-samsung-galaxy-s10+-plus


Harga Samsung Galaxy S10e, S10, S10+ (Februari 2019)
  • Samsung Galaxy S10e (128GB) : RM2,699 
  • Samsung Galaxy S10 (128GB) : RM3,299
  • Samsung Galaxy S10+ (128GB) : RM3,699
  • Samsung Galaxy S10+ (512GB) : RM4,599

Jenama: Samsung
Model: Galaxy S10+
Keluaran: Februari 2019
Sumber: samsung.com

Baca: Senarai Harga Telefon Pintar Terbaru di Malaysia
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال