Proton X70 - Canggih, Gagah, Kacak dan Segak Bergaya


Proton X70 - Model SUV pertama Proton akan dilancarkan secara rasmi sekitar November-Disember 2018. Kereta baharu ini merupakan sebuah model Proton hasil usahasama dengan Geely Corporation. Ia menggunakan asas daripada kereta Geely Boyue dan beberapa pengubahsuaian telah dibuat antaranya penukaran kepada pemanduan sebelah kanan, selain rekaan gril depan, bumper depan dan belakang dan beberapa perubahan pada rekaan dalaman.


Spesifikasi dan ciri-ciri Proton X70 2018:
  • Empat varian : Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.
  • Lima variasi warna iaitu Merah, Hitam, Putih, Perak, dam Coklat/Perang.
  • Dikuasakan enjin petrol 4 silinder 1.8 liter TGDi Turbo 181 hp dan 285nm tork dan dipacu oleh kotak gear automatik 6 kelajuan.
  • Enam beg udara bagi semua varian. 
  • Enam slot pengecasan USB.
  • Fungsi mod pemanduan ECO dan SPORT. 
  • Paparan panel meter digital yang boleh ditukar ganti mengikut tema.
  • Lampu hadapan projector dan lampu DRL.
  • Teknologi keselamatan terkini seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), brek kecemasan automatik (AEB), amaran lecong (LDW), pengesan titik buta (BSD), kamera 360 darjah dan lain-lain.
  • Bumbung suria panorama untuk varian premium.
  • Penyaman udara bagi tempat duduk belakang.
  • Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin.
  • Rim aloi 18-inch bersama tayar Hankook Dynapro 225/60R18.
  • Sistem kawalan menggunakan arahan suara. 

proton-x70-silver
proton-x70-silver
proton-x70-merah
proton-x70-merah

Video Proton X70 2018



Senarai Harga Proton X70 2018

  • Proton X70 Standard 2WD: RM99,800 (Metallic & Solid)
  • Proton X70 Executive 2WD: RM109,800 (Metallic & Solid)
  • Proton X70 Executive AWD - RM115,800 (Metallic & Solid)
  • Proton X70 Premium 2WD - RM123,800 (Metallic & Solid)

Wallpaper Proton X70 2018

proton-x70-wallpaper
proton-x70-wallpaper
proton x70 wallpaper
proton-x70-wallpaper
proton-x70-merah-wallpaper


Brochure Proton X70 2018

Untuk maklumat yang lebih terperinci spesifikasi penuh, harga dan sebagainya, anda boleh memuat turun brochure Proton X70 2018.

Download Brochure Proton X70 2018 | Format: PDF / Saiz: 3.02MB

atau anda boleh terus layari laman web rasmi Proton

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال