Bola Rasmi Molten UEFA Europa League 2018/2019


Perlawanan pertama musim baru kempen Liga Eropah (UEFA Europa League - UEL), akan berlangsung pada 21 September 2018. Bermula musim ini, tiada lagi Adidas sebagai pembekal bola rasmi UEFA Europa Leagues sepertimana tahun-tahun terdahulu.

Molten iaitu syarikat yang berpengkalan di Jepun telah mengikat perjanjian selama 3 tahun sebagai pembekal rasmi bola bagi sanigan UEFA Europa Leagues bermula pada musim 2018/19 ini.

Bola serba baru dari Molten ini mengambil rekaan grafik inspirasi dari wajah baru penjenamaan semula Liga Eropah. Warna putih sebagai warna asas dan corak 'energy wave' berwarna oren menunjukkan kemegahan dan keistimewaan Liga Eropah itu sendiri.


Bola rasmi Molten UEFA Europa League 2018/19 ini diambil dari model bola premium sediaada Molten iaitu Vantaggio 5000. Ia hadir dengan teknologi ikatan terma yang unik bagi mengekalkan bentuk dan meminimukan penyerapan air dan menghadirkan prestasi yang luar biasa tanpa mengira keadaan dan cuaca. Lekukan kecil pada permukaan bola juga dapat membantu mengurangkan geseran ketika bola melayang di udara dan sekaligus membantu kawalan bola.

Bola dengan rekaan ini akan digunakan bagi perlawanan peringkat kumpulan dan Molten dikatakan akan melancarkan rekaan terbaru bagi saingan kalah mati dan perlawanan akhir yang akan berlangsung di Baku, Azerbaijan.
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال