Windows 10 - Apa Yang Menarik?


Windows 10 telah dilancarkan pada 29 Julai 2015 di seluruh dunia, dan ianya ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan Windows 8 sedia ada.

Upgrade Windows 8.1 ke Windows 10
Laptop ASUS G56JR penulis telah selamat melahirkan Windows 10 pada 01 Ogos 2015, kira-kira jam 5.00 pagi, iaitu 3 hari selepas ia dilancarkan. Menitik peluh di dahi menyambut kelahiran OS baru dari Microsoft ini.

Apa yang menarik pada Windows 10? 

Ya, pastinya terdapat banyak perkara baru, fungsi tambahan dan perubahan yang dilakukan Microsoft bagi Windows 10.

Kelebihan Windows 10
  • Masa untuk boot up yang lebih pantas 
  • Antaramuka moden serba baru yang menarik
  • Kehadiran semula Start Menu
  • Fungsi menarik pada Cortana dan Edge 
  • Menggunakan Windows Apps pada mode desktop tidak terasa janggal
  • DirectX12 meningkatkan prestasi games 


Berikut ialah beberapa gambar screenshot paparan Windows 10:

START MENU
Start Menu pada Windows 10 kelihatan lebih menarik dengan menggabungkan start menu pada Windows 7 dan start screen pada Windows 8.1


FILE EXPLORER
Fungsi Quick access dan turut menampilkan beberapa ikon baru 


ACTION CENTER
Segala notifikasi dari Windows dan aplikasi seperti Facebook akan dipaparkan pada action center.


LOGIN SCREEN
Login screen disertakan dengan gambar latar belakang


CORTANA
Pembantu peribadi pengguna Windows 10. Melakukan carian melalui arahan suara.


MICROSOFT EDGE
Pelayar web baru yang menggantikan Internet Explorer. Fungsi tambahan untuk menyimpan nota, menulis, highlight dan  kotak komen. Anda juga boleh mengubah tema cerah atau gelap di raungan setting.


Fungsi web note pada Edge
Edge Dark Theme

WINDOWS STORE
Hadir dengan antaramuka yang baru dan susunan yang lebih teratur


CONTINUUM
Pilihan untuk mengubah paparan versi desktop ke tablet.

Tablet Mode

TASK VIEW
Alt + Tab

Task View
Snap View

UNIVERSAL APPS
Aplikasi Email, Calendar, Photo, Movies dan Maps antara aplikasi yang ditawarkan bersama terus pada Windows 10

Baca dan hantar email melalui Mail Apps
Calendar
Photos Albums
Photo Edit
Movies player
Fungsi GPS navigation pada Maps. Juga menyokong offline maps

SETTING
Paparan setting baru Windows. 



Bagi penulis yang telah menggunakan Windows sejak Windows 95 dan seterusnya Windows 98, Windows ME, Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan yang terbaru sebelum ini, Windows 8.1 Update 1 – penulis bersetuju dengan pendapat bahawa Windows 10 merupakan sistem operasi yang terbaik jika dibandingkan dengan versi Windows terdahulu. Syabas Microsoft.
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال