1Kampus.com - 1Wadah, 1Perjuangan, 1Komuniti untuk Semua


1Kampus. Anda pernah dengar tentang komuniti ini? Mungkin ianya agak asing bagi anda bukan? Namanya tidaklah gah sepertimana Facebook, Twitter mahupun komuniti web tempatan yang lain, namun dengan konsep dan matlamat tersendiri ia memulakan langkah untuk turut sama memeriahkan industri web tempatan.

1Kampus.com adalah sebuah laman web komuniti sosial yang menggabungkan seluruh pelajar dari Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Sesuai dengan moto mereka, "1Wadah, 1Perjuangan, 1Komuniti untuk Semua", ianya terbuka untuk semua golongan samada yang masih bersekolah, mahasiswa universiti, kolej, institusi perguruan atau kejururawatan, mahupun alumni dari universiti awam ataupun swasta. Keahlian juga tidak terhad kepada pelajar sahaja, malah terbuka untuk seluruh warga Malaysia, sama ada yang sudah bekerja mahupun belum bekerja. Pihak 1Kampus.com juga turut mengalu-alukan keahlian dari pelajar Malaysia yang sedang menuntut di luar negara.

1Kampus.com - Komuniti Gabungan pelajar SeMalaysia

Sejarah 1Kampus.com

Komuniti 1Kampus diasaskan dari laman web MyFwen.com yang telah diwujudkan pada tahun 2007. MyFwen pada mulanya telah dibangunkan secara dalaman di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, Kampus Jengka. Komuniti yang lengkap dengan laman sosial, forum, channel IRC dan laman perkongsian ini merupakan salah satu komuniti yang sangat popular dikalangan pelajar ketika itu.

Komuniti MyFwen kemudian mengorak langkah apabila pada akhir tahun 2007, ianya dibangunkan ke dunia luar, dengan domain MyFwen.com dan telah membuka keahliannya kepada umum. Laman web MyFwen.com telah dimasukkan ke dalam artikel Majalah Remaja Edisi Mac 2009 dan disusuli oleh beberapa akhbar tempatan. MyFwen berjaya mengumpulkan ahli seramai lebih 5000 orang ketika itu.

Keratan artikel Majalah Remaja Mac 2009; MyFwen.com untuk remaja!

Namun, langit tidak selalunya cerah. MyFwen terpaksa ditutup atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ingin tahu apa terjadi kepada laman MyFwen? Penjenamaan semula MyFwen dengan nama 1Kampus.com, maksud dan matlamat penubuhan komuniti tersebut anda boleh ke laman About 1Kampus. 

+ Aku mengenali MyFwen sejak awal penubuhannya. Agak terkilan dan kecewa, namun hakikat itu perlu diterima dengan hati terbuka. Sesungguhnya kenangan bersama MyFwen dan zaman kegemilangannya masih terpahat dihati.


1Kampus.com - Komuniti Gabungan Pelajar SeMalaysia

Komuniti 1Kampus

1Kampus.com - Sepertimana laman komuniti sosial yang lain, Komuniti 1Kampus membolehkan ahli untuk menambah rakan-rakan dan berinteraksi dengan ahli lain melalui Profail masing-masing, selain turut membolehkan ahli menambah Gambar dan Video dengan mudah. Ahli juga boleh membuat atau menyertai Kumpulan dan berbincang berbagai topik di Forum yang disediakan. Laman 1Kampus turut membolehkan ahli untuk menambah beberapa Aplikasi pada profail mereka seperti Twitter, Friends Location, Blog Feed/RSS dan lain-lain. Salah satu ciri yang menarik juga ialah, ahli boleh kemaskini status di 1Kampus dan Facebook pada masa yang sama (via 1kampus.com).

Update Facebook status via 1Kampus.com

Anda boleh mendaftar menjadi ahli komuniti dengan mudah melalui butang Sign in with Facebook (Facebook Connect). Jika tiada akaun Facebook, anda boleh daftar seperti biasa.

3 Comments

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال