Selamat Tahun Baru 2011 & Kalendar Origami


Salam ceria dan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan blogger yang sudi mengunjungi blog KFZoom. Ucapan ribuan terima kasih diatas sokongan anda semua sepanjang tahun 2010.

Semoga dengan azam dan tekad yang tinggi, 365 hari, 12 bulan, 52 minggu dan 8670 jam yang mendatang, menjadi pemangkin untuk kita terus berjaya di masa hadapan dan sekaligus membawa pembaharuan di dalam kehidupan kita semua.

Origami Kalendar Tahun 2011

Istimewa origami kalendar tahun 2011 oleh cartonus. Print kalendar ini, gunting dan cantumkan ianya sehingga menjadi bentuk seperti dalam gambar dibawah.

Asalnya kalendar ini adalah dalam format .ai (Adobe Illustrator) dan .psd (Adobe Photoshop). Namun pastinya ramai yang tidak mempunyai program tersebut dalam komputer anda, jadi aku telah convert ke dalam format .pdf* untuk memudahkan proses print disamping terus mengekalkan kualitinya.

Kalendar ini terdapat dalam dua versi iaitu berwarna dan hitam-putih (corak yang lebih ringkas).
*Anda memerlukan program seperti Adobe Reader atau Foxit Reader untuk membuka file ini.


Selamat Tahun Baru 2011!

3 Comments

  1. selamat tahun baru geo :D
    lawa kalendar tuh. +1 like!

    ReplyDelete
  2. kene menuntut dengan bro ni bab design-design.. boleh la ajar newbie macam aku ni :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال