Microsoft Security Essentials Antivirus Percuma


Antivirus adalah perisian penting yang perlu ada bagi setiap komputer untuk melindungi sistem dan file anda daripada ancaman virus, spyware, rootkit, trojan dan malware lain samaada secara offline atau online.

Sebelum ini, aku merupakan pengguna setia Avast. Fungsi resident shield (real-time protection) dan hijacked web/network blocker pada Avast 4.8 pada aku sangat baik. Tetapi sejak Avast 5 dikeluarkan, beberapa ralat membuatkan aku sedikit kecewa dan mula beralih menggunakan MSE sehingga kini.

Microsoft Security Essentials (MSE) merupakan antivirus percuma yang dihasilkan oleh Microsoft. MSE ditawarkan untuk sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7 dan turut menyokong versi x64.


Sejak dilancarkan pada September 2009, MSE mendapat reaksi yang positif daripada pengguna. Antara kelebihan Microsoft Security Essentials ialah:
  • MSE ditawarkan secara percuma dimana anda tidak perlu memasukkan sebarang key atau serial number untuk menggunakannya dan tiada tarikh luput.
  • Saiz installer yang kecil sekitar 7MB sahaja berbanding antivirus lain dan proses pemasangan yang pantas.
  • Antaramuka (interface) mesra pengguna; ringkas, mudah difahami dan senang digunakan oleh pengguna biasa - 4 tab (Home, Update, History dan Settings)
  • Kepantasan imbasan (scanning) yang cukup memuaskan setanding antivirus berbayar.
  • Penggunaan sumber atau memori yang rendah samaada semasa imbasan atau keadaan biasa, sekaligus tidak memberatkan komputer.
  • MSE akan mengemaskini definisi virus terbaru setiap hari secara automatik melalui MSE update atau Windows Update. Anda juga boleh download MSE virus definition updates secara manual .
Kekuatan sebenar perisian antivirus pastinya pada kadar pengesanan virus (detection rates) yang tinggi dan keupayaan membuang atau menghalang virus. Menariknya, MSE menawarkan perlindungan tersebut setanding mahupun mengatasi antivirus berbayar.

Microsoft Security Essentials menawarkan real-time protection yang cukup mantap bagi menghalang malware dari menjangkiti komputer anda. Microsoft Security Essentials turut menawarkan fungsi heuristic scanning engines, network inspection system, Windows Firewall and Internet Explorer integrations menjadikan ia antara antivirus percuma terbaik.


Download Microsoft Security Essential

untuk Windows XP / Vista / 7 via Microsoft


Nota: Anda memerlukan sistem operasi Windows yang asli (Genuine Windows) untuk menggunakan MSE. Ia tidak berfungsi pada Windows versi pirated jadi sila gunakan Windows crack. :p


+ Selain MSE, aku turut menggunakan software Malwarebytes Anti-Malware (PRO) sebagai perlindungan tambahan.

"Perlindungan terbaik untuk PC anda tentunya adalah dengan melengkapi diri sendiri  dengan pengetahuan dan sentiasa memastikan anda sentiasa berwaspada" 

6 Comments

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال