Windows Live Essentials 2011


Windows Live Essentials 2011 atau Wave 4, ialah himpunan lengkap software percuma daripada Microsoft yang terdiri daripada aplikasi untuk email, gambar, filem, penulisan/blog dan banyak lagi. Ianya telah mencapai versi stabil (final) pada awal Oktober 2010, selepas dilancarkan dalam versi Beta pada beberapa bulan yang lalu. 

Nota: Windows Live Essential 2011 hanya menyokong sistem operasi Windows Vista SP2 dan ke atas sahaja.

Windows Live Essentials 2011 mengandungi aplikasi berikut:

  • Windows Live Messenger - Aplikasi IM seperti Yahoo Messenger, Skype dan seumpamanya yang membolehkan anda berhubung dengan orang dan berbual dengan mereka secara online. Ianya turut menyokong laman sosial seperti Facebook. Anda juga boleh mengunakan HD video chatting, berkongsi imej dan video semasa berbual, menghantar mesej video dan banyak lagi.
  • Windows Live Photo Gallery - Aplikasi pengurusan gambar dan membantu anda memindahkan gambar dari kamera atau kad memori dengan lebih mudah. Boleh digunakan untuk edit gambar, menambah efek khas, mencipta slideshow bergambar, dll. Kemudian anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan dengan meng-upload gambar ke Facebook dan Flickr.
  • Windows Live Movie Maker - Membantu dan memudahkan anda menghasilkan filem yang menarik dengan hanya memasukkan gambar atau video, serta menambah muzik latar, efek khas, caption dll. Seterunsya anda boleh terus kongsikan hasilnya ke laman soial Facebook dan YouTube atau brun ke dalam DVD; Bagi penguna Windows 7, anda mungkin menyedari ketiadaan program Movie Maker, pada komputer anda tidak sepertimana pada Windows XP dan Vista. Microsoft telah mengasingkannya dan menyertakannya sekali ke dalam suite Windows Live Essential.
  • Windows Live Mail - Desktop email client sama seperti Outlook, Thunderbird, dimana berfungsi untuk menguruskan email,  kalendar, contacts dll walaupun tiada sambungan internet (offline). Menyokong pelbagai akaun email popular seperti, Hotmail, Gmail, Yahoo! Mail Plus, dan lain-lain.
  •  Windows Live Writer - Desktop blogging software iaitu offline blog editor yang menyokong WordPress, Blogger dll. Ianya membolehkan anda menaip entri terbaru atau menyimpannya sebagai  draft sebelum published ke dalam blog. Jadi jika anda mengalami ganguan internet, anda boleh menulis blog sebagai draft terlebih dahulu. Windows Live Writer juga mempunyai pelbagai fungsi yang memudahkan anda menulis, memasukkan gambar dan banyak lagi.
  • Windows Live Mesh - Backup and sync tool dimana menbolehkan anda menyimpan file dan folder seperti document, gambar, text secara online. Anda diberikan percuma 5 GB ruang simpanan di Skydrive secara percuma.
  • Windows Live Family Safety - Aplikasi yang membolehkan ibu bapa mengawal aktiviti internet anak mereka. Ibu bapa boleh menetapkan senarai laman web yang boleh dilayari anak mereka. Aplikasi ini sebenarnya menyerupai program Parental Controls pada Windows 7.


Semasa proses pemasangan, anda disarankan untuk tekan 'Choose the programs you want to install' bagi membolehkan anda memilih aplikasi yang tidak diingini, contohnya buang tanda (untick) pada Bing Bar. Windows Live Essential 2011 turut menyertakan Microsoft Silverlight yang akan di-install secara automatik.


Download Windows Live Essential 2011

  • Web Installer (memerlukan sambungan internet semasa proses pemasangan)



Update:
Jika anda menggunakan WLE 2011 versi Beta sebelum ini atau mengalami masalah semasa proses pemasangan mengunakan web installer, sila uninstall versi Beta dan restart komputer anda  terlebih dahulu, kemudian install mengguakan Offline Standalone Installer.


Selamat mencuba Windows Live Essential 2011

1 Comments

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال