Lagi berita baik untuk blogger yang menggunakan platform Blogger/Blogspot. Blogger kini memperkenalkan Blogger Stats/Analytics terus dari blogger dashboard. Aku sendiri dan mungkin juga anda telah menggunakan Google Analytics, selain Nuffnang Analytics untuk mendapatkan atau mengetahui statistik trafik untuk blog . Terdapat juga perkhidmatam web analytics yang disediakan oleh pihak ketiga seperti Sitemeter, HiStat dll.
Fungsi Blogger Stats/Analytic ini diaktifkan secara automatik ke dalam semua blog yang menggunakan platfom blogger; Tiada sebarang setting, configuration atau coding diperlukan. Anda hanya perlu login ke Blogger-in-draft dan anda akan melihat tab “Stats” di bahagian dashboard.
Fungsi baru ini menyediakan statistik dalam masa nyata, ringkas dengan antaramuka yang mudah difahami. Antara maklumat umum yang disediakan antaranya ialah maklumat trafik mengikut jam, hari, minggu dan bulan, sumber trafik, keyword, popular post dan maklumat tambahan lain seperti web browser, negara dan sistem operasi (OS) yang digunakan oleh pengunjung blog anda.
Ciri-ciri blogger stats ini tidaklah terlalu terperinci sepertimana Google Analytics, namun ia memadai untuk membantu anda mengetahui trafik blog anda dengan mudah terus dari blogger dashboard. Anda telah melihatnya sendiri? Jadi apa pendapat anda tentang fungsi terbaru ini?
+ Fungsi statisitk ini juga telah lama digunakan oleh platform wordpress.
+ Kebelakangan ini, Blogger mula memperkenalkan ciri-ciri terbaru yang menarik antaranya seperti Blogger Template Designer, Blogger Post Preview dan Blogger Share Buttons.
memang best sesangat bila ada benda ni kan
ReplyDelete@mrs. Jamal: Yup. Pasni lagi senang lah nak check trafik mencurah2 ke ladang gandum :D
ReplyDeleteoh..mcm google analytics la nih
ReplyDeleteHealth and Beauty Blog
kuasa google..
ReplyDeletehehe
nice posts bro.
ReplyDeletecool!@
ReplyDeletebagus la, mmg memudahkan kita tau trafik kita..
ReplyDeletePemain Bintang Yang Gagal Menyerlah Di Piala Dunia 2010
senang sikit nak tengok stats
ReplyDelete