Blogger built-in Share Buttons


Butang perkongsian pastinya memudahkan pelawat berkongsi artikel dan mempromosikan blog anda kepada rakan mereka. Terdapat banyak tutorial dari rakan blogger lain yang menggunakan script dan memerlukan anda memasukkan code. Juga terdapat beberapa servis yang menyediakan fungsi ini seperti AddToAny, AddThis, Apture dll.

Selepas melancarkan Post Preview Baru, Blogger kini telah melancarkan fungsi 'Share Button' dalam Blogger-in-Draft. Blogger telah memasukkan code ini ke dalam semua blog Blogspot, jadi tidak ada lagi coding yang diperlukan dan anda hanya perlu untuk mengaktifkannya.

1. Login ke Blogger-in-Draft | Design » Page Elements.
2. Di halaman Page Elements, klik Edit pada widget Blog Post dan popup Configure Blog Post akan keluar.
3. Pada Configure Blog Post, klik/tick pada Show Share Buttons (Rujuk gambar dibawah)

Configure Blog Post

Untuk 'custom/customize template' terdapat sedikit tambahan code diperlukan untuk membolehkan ianya kelihatan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke link dibawah  untuk tutorial penuh :D



Butang 'Share' dari blogger ini simple dan menarik. Lagipun ianya lebih ringan, tidak perlu script yang berat dan paling penting lebih mudah, sesuai untuk mereka yang tidak terlalu mahir dengan coding.

Selamat mencuba! :D



+ Patutlah sebelum ini aku pelik melihat kehadiran code 'share post' ini dalam templates blog aku. Sudah delete pun, tapi masih ada lagi. Rupa-rupanya  :D
+ Blogger mula memasukkan beberapa ciri penting untuk membantu blogger untuk blog yang lebih baik. Harapan untuk melihat tambahan lebih banyak fungsi menarik dari blogger di masa depan :D

1 Comments

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال