UniFi – HSBB daripada TM

UniFi iaitu pakej jalur lebar berkelajuan tinggi atau lebih dikenali sebagai HSBB (High Speed Broadband) telah dibangunkan di Malaysia oleh syarikat telekomunikasi nombor satu Malaysia, TM (Telekom Malaysia). Unifi telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak , Perdana Menteri Malaysia pada 24.Mac 2010.

Nama UniFi membawa maksud, “Uni” iaitu kesatuan atau perpaduan yang menunjukkan kebersamaan dan persahabatan, sementara “Fi” adalah singkatan bagi gentian fiber optik.

Unifi ditawarkan dalam tiga pakej, iaitu 5 Mbps, 10 Mbps dan juga 20 Mbps yang merangkumi internet berkelajuan tinggi, IPTV dan panggilan suara. Berikut adalah senarai pakej dan harga yang ditawarkan:

Pakej Perumahan: 5Mbps – RM 149; 10Mbps – RM199; 20Mbps – RM249
Pakej Perniagaan: 5Mbps – RM 199; 10Mbps – RM599; 20Mbps – RM899
*Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.

Selepas mendapat maklumbalas daripada pengguna, TM tidak lagi mengenakan had penggunaan atau sekatan bandwith untuk para pengguna buat masa ini, sebaliknya TM akan mengkaji dan memantau trafik, pola dan corak penggunaan para pengguna untuk menentu dan mewujudkan pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan semua pelanggan UniFi menikmati pengalaman dalam talian yang positif ketika menggunakan perkhidmatan mereka.

Sebelum ini, TM mengenakan had penggunaan untuk pakej perumahan, iaitu pakej 5Mbps dikenakan had penggunaan 60GB sebulan, 10Mbps; 90GB sebulan dan 20Mbps; 120GB sebulan. Kelajuan akan dikurangkan kepada 10% daripada kelajuan asal langganan apabila mereka meleibihi had penggunaan yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, tiada sebarang had penggunaan dikenakan untuk pengguna pakej perniagaan.
TM juga tidak mengenakan sebarang deposit termasuk caj pemasangan dan peralatan. Setiap pemasangan baru UniFi di rumah dijangka mengambil masa antara 2 hingga 8 jam bergantung kepada persekitaran pengguna. Walaubagaimanapun, 24 bulan kontrak akan dikenakan bagi setiap langganan.

Buat masa ini, UniFi hanya ditawarkan di 4 kawasan utama, iaitu Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar dan dikatakan telah menyokong lebih 300,000 premis. TM akan memperkembangkan UniFi ke 44 kawasan lain lagi menjelang Disember 2010.

Keterangan lanjut sila ke http://www.unifi.my/

2 Comments

  1. bile aku da keje nnt aku nk subscribe la.. hehe...

    ReplyDelete
  2. @pisyek: hoho. aku pun tak sabar nak test power unifi nih.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال